Friday, January 29, 2010

Data Guru,Murid dan Kelas j-QAF SK Temalir Januari 2010

KUTIPAN DATA GURU, MURID DAN KELAS j-QAF PPD KUALA KRAI JANUARI 2010

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai telah diarah oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan untuk mengemaskini data guru, murid dan kelas j-QAF tahun 2010.

Data yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada PPD Kuala Krai (u.p:Pegawai Khas j-QAF) selewat-lewatnya 26 Januari 2010.

Data Kelas, Murid dan Guru j-QAF SK Temalir 2010

Data Kelas dan murid

Tahun 1- 49 orang murid- 2 Kelas
Tahun 2- 62 orang murid- 2 Kelas
Tahun 3- 45 orang murid- 2 Kelas
Tahun 4- 60 orang murid- 2 Kelas
Jumlah: 216 orang murid j-QAF

Data Guru j-QAF

1-Mohd Razizi bin Arifin ,DG41, Pengajian Islam, Ambilan 2007, Masa mengajar 40 (16 Quran, 10 Jawi, 6 Ulum syariah dan 8 Tasmik)
2- Rina bt Kamaluddin, DG41, Bahasa Arab, Ambilan 2005, Masa mengajar 40 (16 Quran, 16 Bahasa Arab dan 8 Tasmik)





Saturday, January 16, 2010

Kelas Tasmik Al- Quran j-QAF Sessi 2010 bermula esok...

Bermula 17 Januari 2010 (Ahad), Program j-QAF SK Temalir akan memulakan Kelas Tasmik Al-quran j-QAF bagi sessi persekolahan 2010...Kelas j-QAF SK Temalir sudah pun mempunyai 8 kelas dari Darjah 1 sampai Darjah 4.Berikut adalah jadual Kelas Tasmik j-QAF bagi sessi 2010 ini:

Ahad 1.30-2.00 Ptg: Rehat/Solat Zohor
2.00-2,30 Ptg: Kelas Tasmik 4 Maju dan 4 Jaya

Isnin 1.00-1.30 Ptg: Rehat/Solat Zohor
1.30-2.00 Ptg: Kelas Tasmik 3 Maju dan 3 Jaya

Selasa 1.00-1.30 Ptg: Rehat/ Solat Zohor
1.30-2.00 Ptg: Kelas Tasmik 2 Maju dan 2 Jaya

Rabu 1.00-1.30 Ptg: Rehat/ Solat Zohor
1.30-2.00 Ptg: Kelas Tasmik 1 Maju dan 1 Jaya

Tuesday, January 12, 2010

Jasamu Di Kenang....Ahlan Wasahlan

Tanggal 7 Januari 2010 Unit j-QAF SK Temalir telah kehilangan seorang guru bahasa arab yang telah bertukar ke Kuala Lumpur...Pn. Nor Asma bt Mohd Ayub.Semoga ustazah gembira ditempat baru dan jasa-jasa ustazah dalam menerajui program j-QAF SK Temalir akan dikenang hingga ke akhir hayat.


Dan Selamat Datang diucapkan buat Pn. Rina bt Kamaluddin yang menggantikan tempat Ustazah Asma mengajar bahasa arab utk program j-QAF sekolah ini...ahlan wasahlan....


Thursday, January 7, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Sessi 2010 telah bermula...3 Januari 2010...(Ahad),Selamat Kembali ke sekolah buat semua pelajar2 j-QAF SK Temalir.Bila masuk je 2010 maka bertambahlah satu lagi kelas murid-murid j-QAF dan kini ianya dah ke tahun 4.Ahlan Wasahlan kepada murid tahun 1 yang bakal menjadi murid j-QAF paling muda pada tahun 2010 ini.

Selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan guru2 j-QAF SK Temalir