UJIAN BAHASA ARAB TAHUN 4 & 5 (j-QAF) & JAWI TAHUN 1,2,3,4,5 (j-QAF)
Soalan Ujian Pertengahan Tahun Bahasa Arab Tahun 4,5 dan Jawi Tahun 1,2,3,4,5 Program j-QAF boleh DIMUAT TURUN daripada laman web ini. Bagi tujuan pelaksanaan Ujian Pertengahan Tahun 2009 mata pelajaran ini, pihak sekolah boleh menjalankan ujian bermula sekarang sehingga selewat-lewatnya pada 18 JUN 2009. Markah ujian adalah merupakan data untuk pengisian e-Laporan j-QAF. Surat siaran berkenaan soalan ujian ini telah dihantar ke setiap sekolah.
** (Sila Kemaskini Data Rekod Bacaan al-Quran Tahun 1,2,3,4,5; Kem Bestari Solat Tahun 1,2,3,4,5; dan Borang PKSR Bahasa Arab Tahun 1,2,3 = Untuk pengisian e-Laporan).
** Hanya Ujian Bahasa Arab Tahun 4,5 dan Jawi Tahun 1,2,3,4,5 yang memerlukan pengendalian ujian bertulis ini.
TAKLIMAT PENGISIAN E-LAPORAN AKAN DIBERIKAN OLEH PIHAK JPN & PPD SELEPAS CUTI SEKOLAH (JUN 09). Tempoh pengisian data ke dalam format e-Laporan akan dibenarkan sehingga akhir Jun 2009. Selepas itu data e-Sekolah perlu dihantar ke PPD untuk disatukan dalam e-PPD. Surat makluman berkenaan taklimat pelaporan akan menyusul kemudian.
Sekian, terima kasih.
Monday, May 25, 2009
Pengumuman E-Laporan j-QAF 6 Bulan Pertama
Posted by j-QAF SK Temalir at 3:21 AM 0 comments
Sunday, May 17, 2009
Thursday, May 14, 2009
Sajak Buat Guru (Khas Buat Guru-Guru j-QAF)
Guru,
kau bagaikan lilin
menerangi alam
tanpa mengira diri yang terbakar
menghiasi kamar
tanpa memperdulikan pengorbanan jiwa..
mengharungi pahit getir
kehidupan di hujung dunia…(buat guru-guru di pedalaman…)
memberi inspirasi & keyakinan diri
kepada para pelajarnya
melakari pelbagai jiwa yang mentah
dan muda
mencabar minda dengan satu tujuan
agar suatu hari nanti
pelajarnya berjaya
Sekarang…
sajak sajak tradisional
tidak boleh lagi
menggambarkan profesion perguruan
maksudku
dulu memang lilin
tapi sekarang blm tentu
Kata orang
tak boleh nak judge
satu dua guru syaitan punya kerja (baca dengan nada terkejut)
lalu seluruhnya terpalit dosanya (nada sedih)
cuma wajarlah
difikir2kan kembali.
Ada yg boleh dihargai
ada pula yg elok dikeji dan dijauhi
Selamat Hari Guru.
Posted by j-QAF SK Temalir at 2:10 AM 0 comments
Saturday, May 9, 2009
Doa Buat Ibu.....(Buat Semua Ibu Pelajar j-QAF SK Temalir)
Kenapa Saya Mencintai Dia?
Ibu
Kerana saya diperintahkan Allah dan Rasul untuk mencintainya, mentaatinya serta memuliakannya.
Kerana dia dengan penuh kesabaran mengandungkan saya selama sembilan bulan dan menanggung kesakitan ketika melahirkan saya.
Kerana dia dengan penuh kasih sayang melayani karenah nakal saya serta berusaha memenuhi kehendak saya sejak kecil hingga dewasa.
Kerana dia penuh ketulusan mengubati saya saat saya sakit dan terluka.
Kerana dia amat kuat membawa beg sekolah saya sambil memimpin tangan saya dalam perjalanan ke sekolah.
Kerana dia pada setiap malam sewaktu tidur saya, memukul nyamuk yang berlegar dan hinggap di tubuh saya.
Kerana dia pada setiap kepulangan saya dari sekolah memasakkan saya hidangan yang enak dan menyelerakan.
Kerana dia berkorban diri serta perasaannya demi memastikan saya berjaya dalam kehidupan saya.
Kerana dia sedia berkongsi tawa ria dalam suka saya dan turut mengalirkan air mata dalam duka saya.
Kerana dia selalu setia mendengar pengaduan saya dan menghulurkan penawar terbaik buat kekusutan saya.
Kerana dia dalam setiap doa nya sentiasa mendambakan yang terbaik buat saya.
Kerana dia dengan segala pengorbanan dan air matanya menjadikan saya berdiri di tempat saya kini.
Kerana dia satu-satu nya ibu saya yang mencintai saya.
Kerana tidak mungkin saya bisa mencintainya sepertimana dia mencintai saya.
Kerana tidak terhitung segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang nya buat saya.
HAPPY MOTHER'S DAY EVERYDAY!
Posted by j-QAF SK Temalir at 5:32 PM 0 comments
Thursday, May 7, 2009
Pengumuman Pembatalan Kelas Tasmik j-QAF
Ahad 10 Mei 2009, Kelas Tasmik j-QAF bagi murid tahun 1 Maju di batalkan kerana hari tersebut merupakan hari cuti umum sempena Hari wesak..Harap Maklum
Posted by j-QAF SK Temalir at 6:20 PM 0 comments
Tuesday, May 5, 2009
Jadual Kelas Tasmik j-QAF
Posted by j-QAF SK Temalir at 6:01 AM 0 comments