Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana j-QAF Negeri Kelantan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Mohd Ghazali Ab. Rahman.
Hadir sama ialah Ketua-Ketua Sektor JPN, Pegawai Pelajaran Daerah, semua pegawai SPI JPN Kelantan, Pegawai j-QAF PPD serta wakil MGB, BTP, IPKB dan JNS Negeri Kelantan.
Dalam ucapannya, Tuan Pengarah menjelaskan 5 cabaran utama pelaksanaan program j-QAF JPN Kelantan yang meliputi perkara berikut: (1) j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL (2) MENCAPAI TERAS PIPP (3) KELANTAN TERSOHOR 2010 (4) LAPORAN PARLIMEN 2010 (5) RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
CABARAN 1: j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL: Memastikan setiap model j-QAF mencapai objektif selaras dengan peruntukan besar, pertambahan guru dan peralatan yang disediakan. Jangka masa 6 tahun di sekolah rendah perlu bagi pencapaian objektif & matlamat pelaksanaan j-QAF bagi proses pembinaan Negara Bangsa.
CABARAN 2: MENCAPAI TERAS PIPP: Memastikan outcome setiap unjuran pencapaian dalam semua teras mencapai tahap keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan dan meneguhkan kepercayaan kerajaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pendekatan yang Produktif, Kreatif, Inovatif.
CABARAN 3: KELANTAN TERSOHOR 2010: Memastikan pencapaian setiap elemen j-QAF, 100% Khatam dengan mengutamakan pengurusan headcount pencapaian setiap murid. Pencapaian j-QAF mesti menyumbang kepada Kelantan Tersohor 2010.
CABARAN 4: LAPORAN PARLIMEN 2010: Memastikan laporan pencapaian j-QAF bagi negeri Kelantan pada tahap amat memberangsangkan dan mendokong inspirasi kerajaan apabila dibentangkan di Parlimen pada tahun 2010
CABARAN 5: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN: Dalam konteks Satu Malaysia, kita amat perlu memahami kehendak rakyat: Basmi gejala sosial, hidup beragama, membina generasi beriman, berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia) Pembinaan negara yang aman makmur bermula dengan pendidikan berkesan berteraskan Quran & Fardhu Ain.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya maka kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walaupun negara ini terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia dari alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.
Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini. Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.
Sehubungan dengan itu, “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang akan diadakan esok. Lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 sebelum ini dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil namun ia terpaksa ditukar ke perkarangan bangunan Parlimen ekoran daripada penularan wabak selesema babi (H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati bulan Ramadan.
Marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja merdeka selama 52 tahun setelah hampir 446 tahun kita dijajah. Hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.
Akhbar Utusan Melayu Mingguan dengan kerjasama Institut Skill-Tech, sebuah Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) bumiputera, meneruskan usaha memartabatkan tulisan jawi dengan menganjurkan Pertandingan Seni Jawi Nusantara.
Pertandingan yang dibuka untuk pelajar sekolah menengah seluruh negara itu menawarkan, hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara, naib juara RM1,500, tempat ketiga RM1,000 dan 50 hadiah saguhati (RM50 setiap satu).
Antara lain, pertandingan itu bertujuan menggalakkan generasi muda menggunakan tulisan jawi dan menganggapnya salah satu cabang seni bagi memastikan ia terus kekal serta tidak pupus ditelan zaman.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cochrane Perkasa, Siti Zainah Che Omar menyokong pertandingan tersebut kerana dapat membangkitkan kesedaran dan minat di kalangan generasi muda supaya memartabatkan tulisan jawi.
''Usaha sebegini dapat memberi galakan kepada pelajar mempelajari seni warisan budaya yang semakin terhakis ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan borang pertandingan itu di sekolah tersebut, di sini hari ini.
Turut hadir Eksekutif Kanan Pendidikan dan Promosi Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Rahmah Sulaiman.
Siti Zainah berkata, pertandingan itu merupakan langkah terbaik bagi mengekalkan seni warisan budaya yang semakin kurang diminati.
Sementara itu, Rahmah memberitahu, pertandingan tersebut dibuka kepada semua pelajar tanpa mengira kaum dan agama.
Katanya, peserta hanya perlu menulis semula peribahasa Melayu dengan tulisan jawi, kemudian dihiaskan dengan dekorasi seni pilihan sendiri seperti warna air, kolaj, teknik berus Cina, kaligrafi dan sebagainya mengikut kreativiti peserta.
Sebelum itu, ujarnya, mereka perlu memilih sekurang-kurangnya tiga daripada 12 peribahasa yang ditetapkan oleh penganjur.
''Selain menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang individu, penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 kepada sekolah yang paling banyak menghantar penyertaan,'' jelasnya.
Tambahnya, tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September, manakala borang penyertaan boleh didapati melalui akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo!, Kosmo! Ahad, Utusan Melayu Mingguan dan laman web www.utusan.com.my.
Ramadan adalah pengalaman serta tarbiah untuk seluruh anggota keluarga. Dalam kita sibuk berpuasa dan mengurus kehidupan seharian di sepanjang Ramadan nanti, ingatlah bahawa anak-anak kita perlu dipimpin dan dibimbing dalam menjalani serta menghayati intipati ibadat puasa dan Ramadan. Tip-tip berikut Insya-Allah boleh dijadikan panduan dan pedoman untukmanfaat kitabersama :
Menonjolkan suasana gembira dan ceria dengan menghiasi rumah agar anak-anak dapat merasai betapa pentingnya kehadiran tetamu agung (Ramadan).
Melatih anak-anak kecil berpuasa secara beransur-ansur iaitu selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berilah ganjaran bagi setiap hari yang dia sempurnakan puasa selama sebulan itu. (Untuk mendidik)
Berikan perhatian terhadap anak perempuan yang hampir baligh. Ajar mereka ilmu feqah berkaitan ibadat puasa.
Wujudkan ‘Taman Al-Quran’. Didiklah anak-anak membaca Al-Quran bersama anda setiap hari mengikut kemampuan mereka.
Latihlah anak-anak mempelajari doa berbuka puasa dan membaca doa tersebut sementara ahli keluarga yang lain mengaminkannya.
Biasakan anak menderma dan bersedekah di bulan Ramadan. Ajarmereka berjimat cermat dalam perbelanjaannya untuk didermakan.
Bersama-samalah dengan anak-anak menunaikansolat tarawih dan solat fardhu secara berjemaah. Berilah perhatian dalam mengawasi solat lima waktu.
Berikan kefahaman yang jelas kepada anak-anak bahawa puasa tidak akan sempurna tanpa disertai akhlak yang mulia.
Jangan biarkan anak-anak menjadi penunggu setia rancangan televisyen. Pilihlah rancangan yang sesuai.
Susunlah jadual malam hari Ramadan untuk anak-anak supaya mereka terutamanya yang kecil dan remaja – tidak berkeliaran / merayau di sekitar kawasan perumahan / kampung sampai lewat malam tanpa tujuan, apalagi jika bermain mercun dan bunga api yang mengganggu orang-orang yang tidur atau sedang beribadat.
Ramadan Bulan Menyubur Kasih Sayang
Jangan lupa layari dan singgahlah ke :
www.ramadhanzone.com
SEMOGA IBADAT PUASA KITA PADA TAHUN INI BENAR-BENAR MEMBUAHKAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN. AMIN.
Selamat Bercuti Diucapkan Kepada Semua Pelajar-pelajar Program j-QAF SK Temalir... Manfaatkan cuti selama seminggu ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah dan tidak membuang masa.
TERBITAN: PANITIA AGAMA ISLAM & UNIT j-QAF SK TEMALIR
AHLAN YA RAMADHAN 1430H
TABIR Syaaban hampir berlabuh. Berlalu meninggalkan hari-hari yang penuh berkat dan diberkati. Alhamdulillah, Ramadan pula hampir bertamu bersama keberkatannya yang melimpah ruah dan tidak terhingga. Sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa meletakkan keberkatannya pada apa sahaja perkara yang dikehendaki-Nya. Maka Ramadan telah dipilih-Nya untuk menerima antara curahan terbanyak keberkatan itu untuk diambil manfaat oleh sesiapa yang dipilih untuk mendapatkannya. Sebagai antara ikhtiar kita untuk digolongkan dalam golongan terpilih ini, marilah kita mempersiapkan diri menyambut Ramadan dengan menghimbau kembali makna dan martabat bulan yang mulia ini. Ramadan itu adalah bulan yang tertinggi darjat dan martabatnya di sisi Islam. Pada bulan inilah Allah memfardukan puasa ke atas kaum muslimin dan dicatatkan sebagai kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Firman Allah SWT dengan maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertakwa. (al-Baqarah :183) Di bulan Ramadan juga, Allah SWT menurunkan kitab suci al-Quran dan dipilih di antara malamnya suatu malam yang dinamakan lailatul qadar yang mana ia adalah lebih utama daripada seribu bulan. Allah SWT berfirman dengan maksudnya: Di dalam bulan Ramadan itulah diturunkan al Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia... (al-Baqarah: 185)
Kelebihan Ramadan
Mengenai kelebihan bulan Ramadan, terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentangnya. Antaranya: "Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Apabila seseorang hamba berpuasa pada permulaan bulan Ramadan, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadan berikutnya. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat dari emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70,000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingga tenggelam matahari". Bulan Ramadan dikenali dengan 'bulan kesabaran'. Ini kerana pada amalan berpuasa pada bulan ini menuntut kita bersabar menahan diri dari melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan perkara yang membawa kepada kurangnya pahala puasanya. Rasulullah SAW sendiri menamakan bulan Ramadan dengan bulan kesabaran. Dalam satu hadis dari Salman r.a yang diriwayatkan oleh Khuzaimah di dalam Sohihnya bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: "Ia adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga."