AL-FATIHAH...Semoga rohmu selamat mengadap Rabbul Jalil dengan tenang dan mendapat rahmat dan maghfirah daripadanya. Semoga segala ilmu dan idea yang kau berikan, semoga persahabatan yang pernah terjalin, semoga setiap hasil usahamu yang bertebaran di dalam kelas-kelas j-QAF, semoga usaha yang pernah kau lakukan bersama-sama dahulu menjadi sesuatu yang amat berharga untuk dirimu dan kami semua yang masih hidup. Sesungguhnya pemergianmu di saat dunia masih memerlukan insan yang yang berjiwa besar amat dirasai. Doa kami yang masih diberi ruang masa oleh Allah, akan terus berusaha dan moga-moga Allah akan terus memberkati yang hidup dan yang telah mati. Al-Fatihah buat Ustaz ArmanSunday, December 27, 2009
Al-Fatihah buat Ustaz Arman
AL-FATIHAH...Semoga rohmu selamat mengadap Rabbul Jalil dengan tenang dan mendapat rahmat dan maghfirah daripadanya. Semoga segala ilmu dan idea yang kau berikan, semoga persahabatan yang pernah terjalin, semoga setiap hasil usahamu yang bertebaran di dalam kelas-kelas j-QAF, semoga usaha yang pernah kau lakukan bersama-sama dahulu menjadi sesuatu yang amat berharga untuk dirimu dan kami semua yang masih hidup. Sesungguhnya pemergianmu di saat dunia masih memerlukan insan yang yang berjiwa besar amat dirasai. Doa kami yang masih diberi ruang masa oleh Allah, akan terus berusaha dan moga-moga Allah akan terus memberkati yang hidup dan yang telah mati. Al-Fatihah buat Ustaz ArmanPosted by j-QAF SK Temalir at 12:38 AM 0 comments
Friday, December 25, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Selamat Pengantin Baru Ustazah Nor Asma
Kami seluruh warga SK Temalir khususnya Panitia Agama Islam dan Unit j-QAF mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga berbahagia ke akhir hayat..Insyaallah...
Posted by j-QAF SK Temalir at 7:15 PM 0 comments
Monday, December 14, 2009
AL-FATIHAH Untuk Guru j-QAF yang telah pergi
Selepas ini mungkin kita pula yang akan mengikut langkah pemergian yang tidak kembali ini. Sama-samalah kita muhasabah dan mempersiapkan diri menuju ke rahmatullah.
Sehari sebelum pemergian Ustazah Rosni... iaitu pada 7 Oktober 2009, dia bersama-sama guru lain dan murid melaksanakan Kem Bestari Solat j-QAF dan selepas itu melatih pasukan Kalam Jamai'e. Beliau jatuh semasa menyediakan juadah untuk bersahur puasa Syawal di rumahnya dan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarga di bulan Syawal lepas (8 Oktober 2009).
Al Fatihah buat semua...
Posted by j-QAF SK Temalir at 2:19 AM 0 comments
Friday, November 20, 2009
j-QAF di sekolah menengah pula
KERAJAAN mengkaji kemungkinan program pengajaran Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-QAF) diperkenalkan di sekolah menengah sebagai langkah memperluaskan lagi pembelajaran bidang terbabit, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, setakat ini, prestasi murid yang mengikuti program j-QAF amat menggalakkan walaupun di kalangan kanak-kanak yang belum mencecah tahun enam.
“Data pencapaian seperti berikut, amali wuduk 98.97 peratus, amali solat bacaan 90.26 peratus, amali solat perlakuan 99.25 peratus, bahasa Arab 81.24 peratus dan jawi 89.87 peratus,” katanya, menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang bertanya mengenai langkah kerajaan dalam meluaskan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah, di Dewan Rakyat, semalam.
Katanya, kerajaan akan membina lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama kerana minat dan permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah aliran agama.
Menjawab soalan asal Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang), yang bertanya peruntukan kepada bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab di Bahagian Perkembangan Kurikulum, Dr Mohd Puad berkata, kira-kira RM1.2 juta diperuntukkan untuk bidang terbabit tahun ini.
“Peruntukan kewangan untuk bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab yang diagihkan Kementerian Pelajaran kepada Bahagian Perkembangan Kurikulum pada 2009 adalah sebanyak RM1.207 juta,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Posted by j-QAF SK Temalir at 3:31 PM 0 comments
Thursday, November 12, 2009
RM150,000 peruntukan tambahan j-Qaf
KOTA BHARU - Jabatan Pelajaran Kelantan akan memberikan peruntukan tambahan RM150,000 kepada 50 sekolah yang mengambil bahagian dalam Mahrajan j-Qaf Majlis Khatam Al-Quran di sini, semalam.
Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman berkata, setiap sekolah yang terlibat akan diberikan peruntukan tambahan RM3,000 untuk mengadakan Khemah Ibadat, sambutan hari kebesaran Islam.
“Ia adalah usaha memperkasakan program pendidikan Islam di sekolah dengan mengadakan kem ibadat dengan menggunakan peruntukan yang disalurkan. Selain penyebaran dakwah secara tidak langsung, bina kesedaran dan memantapkan program j-Qaf bagi menyuburkan pelaksanaan.
“Ini kerana, jika kita lihat kepada objektif j-Qaf dalam jangka masa lama untuk melahirkan bangsa yang tidak terjebak dengan gejala sosial, selain mendidik anak-anak mengingati Allah seperti memulakan sesuatu dengan lafaz mulia, doa dan tawakal kepada Allah,” katanya kepada pemberita selepas Mahrajan j-Qaf dan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kali Keempat 2009, di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan di sini, semalam.
Beliau berkata, pada Disember ini, bakat dan kebolehan johan nasyid, khatam al-Quran, Kalam Jamai’e (seperti Coral Speaking) dan dikir barat serta kuiz dalam bahasa Arab akan ditampilkan di tempat awam seperti KB Mall.
“Ini kerana, melaluinya, objektif seperti untuk menjayakan konsep 1Malaysia dan memberikan hebahan kepada masyarakat mengenai j-Qaf sekarang ini mampu melahirkan murid yang memperlihatkan bakat mereka dalam dikir barat dan kalam jamai’e dalam bahasa Arab,” katanya.
Menurutnya, dengan adanya penampilan di tempat awam menunjukkan sepanjang lima tahun j-Qaf di negeri ini, ia berjaya melahirkan bangsa hebat dan mahu pelajar meningkatkan keyakinan diri mereka.
Selain itu katanya, pihak kementerian tersebut kini memikirkan usaha berterusan j-Qaf dan akan menggiatkannya sehingga ke peringkat sekolah menengah.
Katanya, selama sepanjang tempoh lima tahun j-Qaf yang bermula dengan 90 sekolah pada peringkat awal, kini sebanyak 395 sekolah dengan 1,379 guru j-Qaf ada di Kelantan.
Pada pertandingan ujian tilawah al-Quran, kalam jamai’e bahasa Arab, dikir barat bahasa Arab dan kuiz j-Qaf dimenangi keseluruhan oleh PPD Pasir Puteh.
Posted by j-QAF SK Temalir at 11:42 PM 0 comments
Wednesday, November 11, 2009
LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM j-QAF 6 BULAN KEDUA TAHUN 2009 PERINGKAT PPD KUALA KRAI
PERINGKAT PPD KUALA KRAI
TARIKH: 10 NOVEMBER 2009 (SELASA)
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT PPD KUALA KRAI
TAKLIMAT DATA MAKLUMAT GURU PENDIDIKAN ISLAM RENDAH DAN j-QAF
PPD KUALA KRAI TAHUN 2009
TARIKH: 9 NOVEMBER 2009 (ISNIN)
MASA: 2.30 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT PPD KUALA KRAI
Posted by j-QAF SK Temalir at 5:48 AM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
Kem Bestari Solat j-QAF
PADA: 9,10 DAN 11 NOVEMBER 2009
MASA: 1.30- 3.30 PTG
BERTEMPAT DI: SK TEMALIR
MURID TERLIBAT: TAHUN 1,2 DAN 3
Posted by j-QAF SK Temalir at 4:49 PM 0 comments
Friday, October 23, 2009
5 CABARAN PELAKSANAAN j-QAF KELANTAN
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana j-QAF Negeri Kelantan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Mohd Ghazali Ab. Rahman.
Hadir sama ialah Ketua-Ketua Sektor JPN, Pegawai Pelajaran Daerah, semua pegawai SPI JPN Kelantan, Pegawai j-QAF PPD serta wakil MGB, BTP, IPKB dan JNS Negeri Kelantan.
Dalam ucapannya, Tuan Pengarah menjelaskan 5 cabaran utama pelaksanaan program j-QAF JPN Kelantan yang meliputi perkara berikut:
(1) j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL
(2) MENCAPAI TERAS PIPP
(3) KELANTAN TERSOHOR 2010
(4) LAPORAN PARLIMEN 2010
(5) RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
CABARAN 1: j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL:
Memastikan setiap model j-QAF mencapai objektif selaras dengan peruntukan besar, pertambahan guru dan peralatan yang disediakan. Jangka masa 6 tahun di sekolah rendah perlu bagi pencapaian objektif & matlamat pelaksanaan j-QAF bagi proses pembinaan Negara Bangsa.
CABARAN 2: MENCAPAI TERAS PIPP:
Memastikan outcome setiap unjuran pencapaian dalam semua teras mencapai tahap keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan dan meneguhkan kepercayaan kerajaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pendekatan yang Produktif, Kreatif, Inovatif.
CABARAN 3: KELANTAN TERSOHOR 2010:
Memastikan pencapaian setiap elemen j-QAF, 100% Khatam dengan mengutamakan pengurusan headcount pencapaian setiap murid. Pencapaian j-QAF mesti menyumbang kepada Kelantan Tersohor 2010.
CABARAN 4: LAPORAN PARLIMEN 2010:
Memastikan laporan pencapaian j-QAF bagi negeri Kelantan pada tahap amat memberangsangkan dan mendokong inspirasi kerajaan apabila dibentangkan di Parlimen pada tahun 2010
CABARAN 5: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN:
Dalam konteks Satu Malaysia, kita amat perlu memahami kehendak rakyat: Basmi gejala sosial, hidup beragama, membina generasi beriman, berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia) Pembinaan negara yang aman makmur bermula dengan pendidikan berkesan berteraskan Quran & Fardhu Ain.
Posted by j-QAF SK Temalir at 1:32 AM 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
SALAM AIDILFITRI... MINAL AIDIL WAL FAIZIN
MAAF ZAHIR DAN BATIN
IKHLAS DARI:
GURU j-QAF SK TEMALIR
EN. MOHD RAZIZI BIN ARIFIN
CIK NOR ASMA BT MOHD AYUB
Posted by j-QAF SK Temalir at 4:06 AM 0 comments
Sunday, August 30, 2009
Merdeka..Merdeka...1 Malaysia
Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini. Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.
Posted by j-QAF SK Temalir at 3:44 AM 0 comments




