Monday, June 29, 2009

Kursus Professionalisme GPI & j-QAF PPD Kuala Krai

29 Jun 2009, bertempat di Kolej Risda, Bukit Sireh, telah diadakan Kursus Professionalisme Guru-Guru Pendidikan Islam dan j-QAF Peringkat PPD Kuala Krai.Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi telah dihadiri oleh Ustaz Mohd Fadhli bin Jusoh dan Ustaz Abdul Razak bin Mat Saat, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan.Kursus ini telah dihadiri oleh semua GPI dan Guru j-QAF Sekolah Menengah dan Rendah sekitar Kuala Krai.

Saturday, June 27, 2009

Ujian Bahasa Arab j-QAF

Ujian Bahasa Arab j-QAF telah diadakan pada hari ni 27 Jun 2009 (Sabtu)..Kertas soalan ini telah digubal oleh Guru Bahasa Arab j-QAF SK Temalir, Ustazah Nor Asma yang meliputi topik-topik yang telah dipelajari oleh murid j-QAF Tahun 1, 2 dan 3. Terima kasih juga kepada Ustaz Razizi, Ustazah Roslina dan Ustaz Zulkifli kerana memberikan kerjasama menjaga murid2 sepanjang ujian ini diadakan..Syukran Jazilan

Tuesday, June 23, 2009

Ujian Penilaian Jawi j-QAF 6 Bulan Pertama

Ujian Penilaian Jawi 6 Bulan Pertama Program j-QAF bagi Tahun 1, dan 3 telah diadakan pada hari ini 23 Jun 2009 serentak dengan Ujian Pertengahan Tahun 2009 yang telah diadakan. Terima kasih diucapkan kepada pengawas peperiksaan SK Temalir yang memberikan kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan ujian penilaian jawi ini diadakan.Antara guru2 yang terlibat ialah Pn. Azeani (1 Maju), Pn. Roslina (1 Jaya), Cik Nor Asma (2 Maju), Pn. Ruhana (2 Jaya) dan Pn. Rosidah (3 Maju & 3 Jaya).Kerjasama anda semua amat dihargai...

Ikhlas dari:
En. Mohd Razizi bin Arifin (Penyelaras Program j-QAF SK Temalir)

Monday, June 15, 2009

Taklimat Penyelarasan e-Laporan Program j-QAF 6 Bulan Pertama Peringkat PPD Kuala Krai

Taklimat Penyelarasan e-Laporan Program j-QAF 6 Bulan Pertama
Peringkat PPD Kuala Krai

Tarikh: 15 Jun 2009 (Isnin)
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Kuala Krai
Oleh: Ustazah Norhayati Muhammad
(Pegawai Khas j-QAF PPD Kuala Krai)

Monday, June 1, 2009

Download E-Setup untuk E-Laporan j-QAF 2009

Perisian ESETUP v9.3 untuk pengisian data e-Laporan j-QAF 2009 boleh dimuat turun di sini. Satu salinan CD Bahan ini termasuk semua soalan ujian juga telah dibekalkan kepada semua Pegawai-QAF setiap PPD. GPI & Guru j-QAF di sekolah boleh di DOWNLOAD di sini atau copy CD daripada Pegawai j-QAF masing-masing. Taklimat awal pengisian data e-LAPORAN bersama Pegawai j-QAF PPD telah diberikan oleh Ustaz Abdullah Awang selepas Mesyuarat JK Petugas j-QAF Negeri Kelantan semalam (25/3/2009) di Bilik Gerakan JPN Kelantan.

ESETUP v9.3:

http://www.box.net/shared/5pjokhp0so