Friday, November 20, 2009

j-QAF di sekolah menengah pula

KERAJAAN mengkaji kemungkinan program pengajaran Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-QAF) diperkenalkan di sekolah menengah sebagai langkah memperluaskan lagi pembelajaran bidang terbabit, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, setakat ini, prestasi murid yang mengikuti program j-QAF amat menggalakkan walaupun di kalangan kanak-kanak yang belum mencecah tahun enam.

“Data pencapaian seperti berikut, amali wuduk 98.97 peratus, amali solat bacaan 90.26 peratus, amali solat perlakuan 99.25 peratus, bahasa Arab 81.24 peratus dan jawi 89.87 peratus,” katanya, menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang bertanya mengenai langkah kerajaan dalam meluaskan pembelajaran bahasa Arab di sekolah menengah, di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, kerajaan akan membina lebih banyak sekolah menengah kebangsaan agama kerana minat dan permintaan yang tinggi di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah aliran agama.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang), yang bertanya peruntukan kepada bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab di Bahagian Perkembangan Kurikulum, Dr Mohd Puad berkata, kira-kira RM1.2 juta diperuntukkan untuk bidang terbabit tahun ini.

“Peruntukan kewangan untuk bidang pendidikan Islam dan bahasa Arab yang diagihkan Kementerian Pelajaran kepada Bahagian Perkembangan Kurikulum pada 2009 adalah sebanyak RM1.207 juta,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Thursday, November 12, 2009

RM150,000 peruntukan tambahan j-Qaf

KOTA BHARU - Jabatan Pelajaran Kelantan akan memberikan peruntukan tambahan RM150,000 kepada 50 sekolah yang mengambil bahagian dalam Mahrajan j-Qaf Majlis Khatam Al-Quran di sini, semalam.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Ab Rahman berkata, setiap sekolah yang terlibat akan diberikan peruntukan tambahan RM3,000 untuk mengadakan Khemah Ibadat, sambutan hari kebesaran Islam.

“Ia adalah usaha memperkasakan program pendidikan Islam di sekolah dengan mengadakan kem ibadat dengan menggunakan peruntukan yang disalurkan. Selain penyebaran dakwah secara tidak langsung, bina kesedaran dan memantapkan program j-Qaf bagi menyuburkan pelaksanaan.

“Ini kerana, jika kita lihat kepada objektif j-Qaf dalam jangka masa lama untuk melahirkan bangsa yang tidak terjebak dengan gejala sosial, selain mendidik anak-anak mengingati Allah seperti memulakan sesuatu dengan lafaz mulia, doa dan tawakal kepada Allah,” katanya kepada pemberita selepas Mahrajan j-Qaf dan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Kali Keempat 2009, di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan di sini, semalam.

Beliau berkata, pada Disember ini, bakat dan kebolehan johan nasyid, khatam al-Quran, Kalam Jamai’e (seperti Coral Speaking) dan dikir barat serta kuiz dalam bahasa Arab akan ditampilkan di tempat awam seperti KB Mall.

“Ini kerana, melaluinya, objektif seperti untuk menjayakan konsep 1Malaysia dan memberikan hebahan kepada masyarakat mengenai j-Qaf sekarang ini mampu melahirkan murid yang memperlihatkan bakat mereka dalam dikir barat dan kalam jamai’e dalam bahasa Arab,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya penampilan di tempat awam menunjukkan sepanjang lima tahun j-Qaf di negeri ini, ia berjaya melahirkan bangsa hebat dan mahu pelajar meningkatkan keyakinan diri mereka.

Selain itu katanya, pihak kementerian tersebut kini memikirkan usaha berterusan j-Qaf dan akan menggiatkannya sehingga ke peringkat sekolah menengah.

Katanya, selama sepanjang tempoh lima tahun j-Qaf yang bermula dengan 90 sekolah pada peringkat awal, kini sebanyak 395 sekolah dengan 1,379 guru j-Qaf ada di Kelantan.

Pada pertandingan ujian tilawah al-Quran, kalam jamai’e bahasa Arab, dikir barat bahasa Arab dan kuiz j-Qaf dimenangi keseluruhan oleh PPD Pasir Puteh.

Wednesday, November 11, 2009

LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM j-QAF 6 BULAN KEDUA TAHUN 2009 PERINGKAT PPD KUALA KRAI

LAPORAN PENCAPAIAN PROGRAM j-QAF 6 BULAN KEDUA TAHUN 2009
PERINGKAT PPD KUALA KRAI

TARIKH: 10 NOVEMBER 2009 (SELASA)
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT PPD KUALA KRAI


TAKLIMAT DATA MAKLUMAT GURU PENDIDIKAN ISLAM RENDAH DAN j-QAF

PPD KUALA KRAI TAHUN 2009

TARIKH: 9 NOVEMBER 2009 (ISNIN)
MASA: 2.30 PETANG
TEMPAT: BILIK MESYUARAT PPD KUALA KRAI

Saturday, November 7, 2009

Kem Bestari Solat j-QAF

KEM BESTARI SOLAT j-QAF

PADA: 9,10 DAN 11 NOVEMBER 2009
MASA: 1.30- 3.30 PTG
BERTEMPAT DI: SK TEMALIR
MURID TERLIBAT: TAHUN 1,2 DAN 3