Sunday, December 27, 2009

Al-Fatihah buat Ustaz Arman



AL-FATIHAH...Semoga rohmu selamat mengadap Rabbul Jalil dengan tenang dan mendapat rahmat dan maghfirah daripadanya. Semoga segala ilmu dan idea yang kau berikan, semoga persahabatan yang pernah terjalin, semoga setiap hasil usahamu yang bertebaran di dalam kelas-kelas j-QAF, semoga usaha yang pernah kau lakukan bersama-sama dahulu menjadi sesuatu yang amat berharga untuk dirimu dan kami semua yang masih hidup. Sesungguhnya pemergianmu di saat dunia masih memerlukan insan yang yang berjiwa besar amat dirasai. Doa kami yang masih diberi ruang masa oleh Allah, akan terus berusaha dan moga-moga Allah akan terus memberkati yang hidup dan yang telah mati. Al-Fatihah buat Ustaz Arman

Friday, December 25, 2009

Selamat Bertunang buat Ustaz Mohd Razizi



Selamat Bertunang buat Ustaz j-QAF SK Temalir, Ustaz Mohd Razizi bin Arifin dan pasangannya Nur Hazrina bt Ishak pada 18 disember 2009 bersamaan 1 Muharam 1431 H baru-baru ni...semoga ikatan yg dibina akan berkekalan ke jinjang pelamin...Amin....

Tuesday, December 15, 2009

Selamat Pengantin Baru Ustazah Nor Asma




Selamat Pengantin Baru diucapkan buat Guru j-QAF SK Temalir, Pn. Nor Asma bt Mohd Ayub yang telah melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya Noor Imam bin Mohammed pada 29 November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah baru-baru ini di kediaman pengantin perempuan di Kg Sungai Pas, Kuala Krai, Kelantan.Manakala majlis menyambut menantu telah diadakan di Kampung Teluk, Bachok, Kelantan pada 1 Disember 2009 yang lalu.

Kami seluruh warga SK Temalir khususnya Panitia Agama Islam dan Unit j-QAF mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga berbahagia ke akhir hayat..Insyaallah...

Monday, December 14, 2009

AL-FATIHAH Untuk Guru j-QAF yang telah pergi

AL-FATIHAH untuk semua guru j-QAF Kelantan yang telah pulang ke rahmatullah. Sejak j-QAF mula dilaksanakan pada tahun 2005 sehingga kini sudah 5 orang sahabat kita yang terdiri daripada guru-guru j-QAF telah meninggal dunia. (1) Ustaz Syukrillah - SK Bukit Abal, (2) Ustaz Abd Hadi - SK Demit 1, (3) Ustaz Fadhli - SK Hamzah 1, (4) Ustaz Safuan - SK Bertam, (5) Ustazah Rosni - SK Pasir Pekan.

Selepas ini mungkin kita pula yang akan mengikut langkah pemergian yang tidak kembali ini. Sama-samalah kita muhasabah dan mempersiapkan diri menuju ke rahmatullah.

Sehari sebelum pemergian Ustazah Rosni... iaitu pada 7 Oktober 2009, dia bersama-sama guru lain dan murid melaksanakan Kem Bestari Solat j-QAF dan selepas itu melatih pasukan Kalam Jamai'e. Beliau jatuh semasa menyediakan juadah untuk bersahur puasa Syawal di rumahnya dan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarga di bulan Syawal lepas (8 Oktober 2009).

Al Fatihah buat semua...