Monday, December 20, 2010

MESYUARAT PANITIA AGAMA ISLAM/j-QAF KALI PERTAMA 2011

TARIKH: 21 DISEMBER 2010
HARI: SELASA
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: BILIK GERAKAN

SEMUA JK PANITIA...SILA HADIR

Wednesday, November 24, 2010

Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 1/ 2011

Tarikh: 21 & 22 November 2010 (Ahad & Isnin)
Masa: 8.00 Pagi hingga 4.30 Ptg
Tempat: Dewan PPd Tanah Merah

Guru j-QAF Terlibat:
Ustaz Mohd Razizi bin Arifin

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2010


Kem Literasi Al-Quran Program j-QAF Murid Tahun 1


Friday, May 28, 2010

Persembahan Murid j-QAF di Sambutan Hari Guru




Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU

Tanggal 16 Mei setiap tahun, semua warga pendidik di seluruh Malaysia bakal meraikan sambutan Hari Guru. Ianya diadakan bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik anak bangsa.Tanpa guru siapalah kita di dunia ini.

Bagi tahun ini, 2010, sekali lagi sambutan hari guru bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa' bakal disambut diseluruh sekolah di seantero Malaysia.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU DI MALAYSIA

Friday, April 30, 2010

Kerja Satu Ibadah....Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010

Monday, April 26, 2010

Perjumpaan Mingguan Persatuan Agama Islam, Persatuan Bahasa Arab dan Kelab Seni Khat


26 April 2010, Isnin, Perjumpaan Kali Kedua Persatuan Agama Islam, Persatuan Bahasa Arab dan Kelab Seni Khat telah diadakan.

Antara guru penasihat yang telah hadir semasa perjumpaan ini ialah Ketua Panitia Agama Islam, Pn. Roslina bt Dollah, Pn. Hjh Ruhana bt Nik Abdul Rahman, 2 orang guru j-QAF, En. Mohd Razizi bin Arifin dan Pn. Rina bt Kamaluddin. Perjumpaan ini bermula pada jam 4.00 hingga 5.00 petang.

Aktiviti pertama diadakan hari ini ialah gotong-royong membersihkan bilik j-QAF antara ahli dengan ahli yang lain.

Pemantauan j-QAF oleh Penyelaras j-QAF PPD Kuala Krai


iPemantauan j-QAF PPD Kuala Krai oleh Ustaz Wan Hamdi dan Ustazah Norhayati (Penyelaras j-QAF PPD Kuala Krai ke SK Temalir pada 26 April 2010 (Isnin)

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan teratur...

Thursday, April 22, 2010

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2010


TARIKH: 25, 26 DAN 27 APRIL 2010 (AHAD HINGGA SELASA)
MASA: 2.00 PTG- 4.00 PTG (AHAD)
1.30 T/HARI-3.30 PTG (ISNIN & SELASA)
TEMPAT: SK TEMALIR

GURU TERLIBAT:

-GURU PENDIDIKAN ISLAM
-GURU j-QAF
-GURU KAFA

MURID TERLIBAT:

-TAHUN 1, 2, 3 DAN 4

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam & j-QAF Kali Ke 2, 2010

TARIKH: 21 APRIL 2010 (RABU)
MASA: 1.00 TENGAHARI
TEMPAT: BILIK GERAKAN SK TEMALIR

AGENDA MESYUARAT:

-UCAPAN PENGERUSI PANITIA
-UCAPAN PK HEM
-PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PERTAMA
-PERKARA BERBANGKIT
-RUMUSAN UBB 1
HAL-HAL LAIN

DIJEMPUT:

-EN. ZAKARIA BIN DAUD (PK HEM)
-PN. ROSLINA BT DOLLAH (KETUA PANITIA)
-PN. RUHANA BT NIK ABDUL RAHMAN (SETIAUSAHA)
-EN. ZULKIFLI BIN MAMAT
-EN. MOHD RAZIZI BIN ARIFIN (j-QAF)
-PN. RINA BT KAMALUDIN (j-QAF)

Tuesday, April 13, 2010

Syukran Jazilan Pn. Hjh Azizah bt Mat Zin





Tanggal 12 April 2010, merupakan detik dan hari terakhir, Guru Besar SK Temalir yang juga merangkap Penasihat Program j-QAF di SK Temalir ini dan beliau akan bertukar ke SK Seneng, Bachok, Kelantan.

Kami seluruh guru-guru j-QAF di SK Temalir dan semua murid j-QAF SK Temalir berdoa agar beliau success berada disana...Jasa dan budi mu dalam menabur bakti sepanjang berada di sekolah ini amat kami semua hargai...

Kami warga j-QAF sayang guru besar kami....


Thursday, February 25, 2010

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah PPD Kuala Krai 2010

Pada: 22 Februari 2010 (Isnin)
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Sultan Yahya Petra 1
Dipengerusikan oleh: Ustaz Abdul Hadi bin Mat Amin

Semua Ketua Panitia Pendidikan Islam, Penyelaras j-QAF, Penyelaras KAFA dan Ketua Panitia Bahasa Arab (SM) di jemput hadir.

Friday, January 29, 2010

Data Guru,Murid dan Kelas j-QAF SK Temalir Januari 2010

KUTIPAN DATA GURU, MURID DAN KELAS j-QAF PPD KUALA KRAI JANUARI 2010

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai telah diarah oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan untuk mengemaskini data guru, murid dan kelas j-QAF tahun 2010.

Data yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada PPD Kuala Krai (u.p:Pegawai Khas j-QAF) selewat-lewatnya 26 Januari 2010.

Data Kelas, Murid dan Guru j-QAF SK Temalir 2010

Data Kelas dan murid

Tahun 1- 49 orang murid- 2 Kelas
Tahun 2- 62 orang murid- 2 Kelas
Tahun 3- 45 orang murid- 2 Kelas
Tahun 4- 60 orang murid- 2 Kelas
Jumlah: 216 orang murid j-QAF

Data Guru j-QAF

1-Mohd Razizi bin Arifin ,DG41, Pengajian Islam, Ambilan 2007, Masa mengajar 40 (16 Quran, 10 Jawi, 6 Ulum syariah dan 8 Tasmik)
2- Rina bt Kamaluddin, DG41, Bahasa Arab, Ambilan 2005, Masa mengajar 40 (16 Quran, 16 Bahasa Arab dan 8 Tasmik)





Saturday, January 16, 2010

Kelas Tasmik Al- Quran j-QAF Sessi 2010 bermula esok...

Bermula 17 Januari 2010 (Ahad), Program j-QAF SK Temalir akan memulakan Kelas Tasmik Al-quran j-QAF bagi sessi persekolahan 2010...Kelas j-QAF SK Temalir sudah pun mempunyai 8 kelas dari Darjah 1 sampai Darjah 4.Berikut adalah jadual Kelas Tasmik j-QAF bagi sessi 2010 ini:

Ahad 1.30-2.00 Ptg: Rehat/Solat Zohor
2.00-2,30 Ptg: Kelas Tasmik 4 Maju dan 4 Jaya

Isnin 1.00-1.30 Ptg: Rehat/Solat Zohor
1.30-2.00 Ptg: Kelas Tasmik 3 Maju dan 3 Jaya

Selasa 1.00-1.30 Ptg: Rehat/ Solat Zohor
1.30-2.00 Ptg: Kelas Tasmik 2 Maju dan 2 Jaya

Rabu 1.00-1.30 Ptg: Rehat/ Solat Zohor
1.30-2.00 Ptg: Kelas Tasmik 1 Maju dan 1 Jaya

Tuesday, January 12, 2010

Jasamu Di Kenang....Ahlan Wasahlan

Tanggal 7 Januari 2010 Unit j-QAF SK Temalir telah kehilangan seorang guru bahasa arab yang telah bertukar ke Kuala Lumpur...Pn. Nor Asma bt Mohd Ayub.Semoga ustazah gembira ditempat baru dan jasa-jasa ustazah dalam menerajui program j-QAF SK Temalir akan dikenang hingga ke akhir hayat.


Dan Selamat Datang diucapkan buat Pn. Rina bt Kamaluddin yang menggantikan tempat Ustazah Asma mengajar bahasa arab utk program j-QAF sekolah ini...ahlan wasahlan....


Thursday, January 7, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Sessi 2010 telah bermula...3 Januari 2010...(Ahad),Selamat Kembali ke sekolah buat semua pelajar2 j-QAF SK Temalir.Bila masuk je 2010 maka bertambahlah satu lagi kelas murid-murid j-QAF dan kini ianya dah ke tahun 4.Ahlan Wasahlan kepada murid tahun 1 yang bakal menjadi murid j-QAF paling muda pada tahun 2010 ini.

Selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan guru2 j-QAF SK Temalir