Tuesday, July 21, 2009

KBS SIRI 2 TAHUN 2 DAN 3

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2
TAHUN 2 DAN 3

PADA: 26, 27 & 28 JULAI 2009
HARI: AHAD,ISNIN DAN SELASA
BERTEMPAT: SK TEMALIR


Wednesday, July 15, 2009

PERHATIAN : Memperbetulkan Qiblat TERKINI , KHAMIS ini

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA

Monday, July 13, 2009

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa - 14 Julai 2009

KOTA BHARU, 13 Julai: Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat ‘cuti am’, esok 14 Julai 2009 yang diambil atas ‘Cuti Peristiwa’.

Pemberian Cuti Khas Pusat Mengundi Dun Manek Urai

Pemberian Cuti Khas Pada 14 Julai 2009 Untuk Sembilan Buah Sekolah Yang Dijadikan Pusat Mengundi Sempena Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri N41 Manek Urai, Kelantan

Wednesday, July 1, 2009

Penyelarasan E-Laporan j-QAF 6 Bulan Pertama

30 Jun 2009 (Selasa), bertempat di PPd Kuala Krai telah diadakan Penyelarasan E-Laporan 6 Bulan Pertama bagi semua sekolah-sekolah Program j-QAF di PPD Kuala Krai. Penyelarasan ini telah disempurnakan oleh Ustazah Norhayati, Pegawai Khas j-QAF..