Friday, October 23, 2009

5 CABARAN PELAKSANAAN j-QAF KELANTAN

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana j-QAF Negeri Kelantan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Mohd Ghazali Ab. Rahman.

Hadir sama ialah Ketua-Ketua Sektor JPN, Pegawai Pelajaran Daerah, semua pegawai SPI JPN Kelantan, Pegawai j-QAF PPD serta wakil MGB, BTP, IPKB dan JNS Negeri Kelantan.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah menjelaskan 5 cabaran utama pelaksanaan program j-QAF JPN Kelantan yang meliputi perkara berikut:
(1) j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL
(2) MENCAPAI TERAS PIPP
(3) KELANTAN TERSOHOR 2010
(4) LAPORAN PARLIMEN 2010
(5) RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


CABARAN 1: j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL:
Memastikan setiap model j-QAF mencapai objektif selaras dengan peruntukan besar, pertambahan guru dan peralatan yang disediakan. Jangka masa 6 tahun di sekolah rendah perlu bagi pencapaian objektif & matlamat pelaksanaan j-QAF bagi proses pembinaan Negara Bangsa.

CABARAN 2: MENCAPAI TERAS PIPP:
Memastikan outcome setiap unjuran pencapaian dalam semua teras mencapai tahap keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan dan meneguhkan kepercayaan kerajaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pendekatan yang Produktif, Kreatif, Inovatif.

CABARAN 3: KELANTAN TERSOHOR 2010:
Memastikan pencapaian setiap elemen j-QAF, 100% Khatam dengan mengutamakan pengurusan headcount pencapaian setiap murid. Pencapaian j-QAF mesti menyumbang kepada Kelantan Tersohor 2010.

CABARAN 4: LAPORAN PARLIMEN 2010:
Memastikan laporan pencapaian j-QAF bagi negeri Kelantan pada tahap amat memberangsangkan dan mendokong inspirasi kerajaan apabila dibentangkan di Parlimen pada tahun 2010

CABARAN 5: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN:
Dalam konteks Satu Malaysia, kita amat perlu memahami kehendak rakyat: Basmi gejala sosial, hidup beragama, membina generasi beriman, berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia) Pembinaan negara yang aman makmur bermula dengan pendidikan berkesan berteraskan Quran & Fardhu Ain.