Friday, April 10, 2009

Ahlan Wasahlan

Selamat Datang ke blog Program j-qaf SK Temalir, Kuala Krai, Kelantan.

Konsep-jqaf




Program J-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang telah dilkasanakan diperingkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Tenaga guru yang khusus digunakan bagi mengendalikan program ini.


Objektif


Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat :

1. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi

2. Khatam Al-Quran

3. Menguasai Bahasa Arab dan

4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain


Model-model program J-QAF


Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut :

1. Model Khas Pemulihan Jawi

2. Model 6 bulan Khatam Al-Quran

3. Model Tasmik

4. Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

5. Model Bestari Solat


Penjadualan


· kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 Jawi diajar selama 2 seminggu. Selepas itu ia diajar selama 1waktu seminggu.

· Model 6 bulan Khatam Al-Quran akan menggunakan waktu Pendidikan Islam sebanyak 4 waktu dalam tempoh 6 bulan pertama waktu persekolahan. Pada masa yang sama murid yang belum menguasai bacaan Al-Quran akan membaca dengan bimbingan guru dan meneruskan kaedah IQRA’. Pada 6 bulan kedua, asuhan Tilawah Al-Quran menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu untuk tahun 2 hingga 6.

· Model Tasmik Al-Quran dilkasankan di luar waktu persekolahan dengan bimbingan guru J-QAF, guru Pendidikan Islam dan guru-guru lain yang berkelayakan dengan persetujuan pihak pentadbir sekolah. Bacaan murid akan direkod oleh guru di dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

· Model Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama 2 waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata Pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.

· Model Bestari Solat akan dilaksanakan luar jadual waktu persekolahan. Ia akan dilaksanakan 4 kali setahun.



0 comments: