Sunday, August 30, 2009

Merdeka..Merdeka...1 Malaysia

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya maka kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walaupun negara ini terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para pejuang Islam yang telah berjuang untuk mengeluarkan umat manusia dari alam kegelapan (jahiliah) kepada alam yang penuh dengan nur ilmu pengetahuan sepertimana kita kecapi dan nikmati pada hari ini.

Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini. Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.

Sehubungan dengan itu, “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" telah dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang akan diadakan esok. Lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 sebelum ini dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil namun ia terpaksa ditukar ke perkarangan bangunan Parlimen ekoran daripada penularan wabak selesema babi (H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati bulan Ramadan.

Marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja merdeka selama 52 tahun setelah hampir 446 tahun kita dijajah. Hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

0 comments: